Roda besar melambangkan hasrat untuk mencapai kemajuan yang tidak terhad dari masa kesemasa. Ini membawa maksud keinginan murid menyempurnakan serta melengkapkan diri dengan segala ilmu yang akan membawa kesenangan kepada diri serta keluarganya semasa menghadapi cabaran hidup.
Setiap gigi roda besar mengadungi nilai murniya yang tersendiri iaitu :
1. Kesetiaan - Menunjukkan kesetiaan kepada nusa dan bangsa,
kesetiaan kepada diri sendiri dan juga sahabat handai.
2. Kesyukuran - Berterima kasih dan bersyukur di atas kemudahan-
kemudahan yang kita diperolehi. Mengenang budi
seseorang serta berhasrat untuk membalasnya dan
sedia memberi penghargaan kerana sumbangan
yang diterima.
3. Peramah - Sentiasa bersedia untuk menerima dan memaafkan
kesilapan orang lain. Bersikap peramah terhadap
manusia dan hidupan lain.
mendalam dan berkekalan yang lahir dari hati yang
rela terhadap sesuatu. Kasih saying dapat dilihat dari
aspek-aspek seperti mengahargai segala yang
bernyawa, sayang kepada raja dan Negara, cinta
kepada keharmonian dan dengan itu suka berbaik-
baik antara satu sama lain dan cinta kepada alam
sekeliling.
5. Amanah - Sikap yang bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
6. Keiklhlasan - Kesucian hati tanpa mengharapkan balasan ketika
melakukan sesuatu.
7. Semangat Bermasyarakat - Kesediaan untuk melakukan sesuatu demi kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup di dalam sesebuah masyarakat.
8. Keadilan - Menunjukkan pelakuan, pertuturan dan keputusan
yang saksama serta tidak berat sebelah sama ada
dalam memberi ganjaran dan hukuman. Keadilan
hendaklah ditunjukan dengan cara
mempertimbangakan sesutau secara objektif,
menyeluruh, wajar dan tidak berat sebelah.