Sejarah Sekolah

SJKC KWANG HWA BUTTERWORTH merupakan salah sebuah sekolah rendah dimana bilangan muridnya yang terbesar di Pulau Pinang. Sekolah Kwang Hwa berasal daripada dua gabungan buah sekolah iaitu Sekolah Shi Tai dan Sekolah Chung Yi. Pada tahun 1936, Sekolah Shi Tai ditubuhkan oleh Encik Ong Chin Yu manakala Sekolah Chung Yi ditubuhkan oleh penduduk tempatan.



Pada tahun 1945, selepas Jepun menyerahkan diri, penduduk-penduduk telah berusaha menyusun semula polisi sekolah dengan mengabungkan Sekolah Shi Tai dan Sekoah Chung Yi. Pengabungan dua buah sekolah ini dengan penukaran nama sebagai Sekolah Kwang Hwa. Encik Ong Jia Xia dilantik sebagai guru besar. Pada masa itu, bilangan murid hanya 127 orang dan 3 orang gura sahaja.



Pada tahun 1946 bilangan murid bertambah. Dengan pertambahan bilangan murid, sekolah telah menubuhakan satu Ahli Jawatankuasa Pembinaan sekolah yang pertama untuk membina 3 buah bilik darjah yang baru. Pada tahun 1950, disebabkan bilangan murid semakin bertambah, Ahli Jawantankuasa Pembinaan Sekolah Kedua telah ditubuhkan untuk membina 2 buah bilik darjah lagi.



Pada tahun 1956, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Ketiga telah membeli 300 meter persegi tanah dan membina semula blok bilik darjah di depan sekolah. Pada bulan November, kerajaan telah mengadakan “kempen Obor” untuk menghapuskan buta huruf. Oleh itu, Ahli Jawatakuasa Pembinaan Sekolah Keempat ditubuhkan untuk pembangunan sekolah. Kempen ini telah berjaya mengutip derma lebih kurang 30 ribu dengan kerjasama orang ramai di masayarakat. Pada tahun 1959, lapan bilih darjah dan sederet tandas telah dibina.





Pada hujung tahun 1961, guru besar Ong Jia Xia bersara dengan sebab kesihatan yang kurang baik. Beliau telah mengurus Sekolah Kwang Hwa selama 20 tahun. Beliau telah memberi sumbangan yang banyak kepada sekolah ini.



Pada tahun 1962 sekolah ini telah menerima subsidi kerajaan. Pada masa itu Lembaga Pengurus sekolah telah melantik Encik Nee Tze Chong sebagai guru besar untuk mengurus pentadbiran sekolah. Pada tahun itu bilangan murid lebih kurang 800 orang.



Pada tahun 1963, sebuah dewan, kantin dan 3 buah bilik darjah telah dibina. Pada tahun 1964, semasa Perayaan Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah mengadakan satu pesta untuk mengutip derma. Pihak Sekolah berjaya mengutip sebanyak 38 ribu ringgit dan menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang untuk merasmikan pembukaan dewan yang telah dibina.



Pada tahun 1967 bilangan murid di sekolah ini telah bertambah lebih kurang 1500 orang. Ahli Jawatankuasa Pembinaan Sekolah sekali lagi ditubuhkan untuk menyeru orang ramai menderma wang supaya pihak sekolah dapat membina lagi bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun itu pihak sekolah telah membeli sebidang tanah seluas 70 ribu meter persegi sebagai padang sukan, 8 buah bilik darjah dalam dua tikngkat dan membaiki semula tandas dan lain-lain.

Pada 4hb November 1967, Menteri Pendidikan Encik Johari merasmikan pembukaan bilik darjah yang baru. Pihak sekolah telah mengadakan satu pameran seni lukis. Pameran ini telah mendapat pujian daripada orang ramai.



Pada tahun 1971, bilangan murid telan meningkat dengan mencapai bilangan lebih kurang 2071 orang. Dengan peningkatan bilangan murid meyebabakan sekolah ini terpaksa membahgikan kelas kepada sesi pagi dan sesi petang sebanyak 43 buah kelas. Dengan kepesatan penambahan bilangan murid pada masa akan datang, Ahli watankuasa Pembinaan Sekolah Kelima ditubuhkan untk mengutip derma. Wang yang dikutip dan bantuan kewangan daripada kerajaan yang bernilai 46 ribu ringgit digunakan untuk membina lagi 16 buah bilik darjah. Pada hujung tahun, 16 buah bilik darjah baru bersamaan 8 buah bilik darjah dahulu menjadi sebuah bangunan 3 tingkat.





Pada tahun 11hb Mei 1974, Menteri Pendidikan Tun Haji Muhammad Yaakob dijemput untuk merasmikan upacara pembinaan dewan baru. Pada awal tahun 1975 dewan besar baru telah siap dibina. Tinggi dewan baru ialah 30 kaki. Di dalam dewan terdapat dua buah gelanggang badminton. Dewan ini dapat menampung sebanyak 1000 orang penonton. Pentas yang luas, bilik solek, tandas, kipas dan sistem suara disediakan . Pada 15hb Jun 1975, Timbalan Ketua Menteri Pendidikan Encik Chan Siang Sun telah diajak merasmiskan dewan baru ini.



Pada tahun 1977, perpustakaan yang berhawa dingin telah dibina dengan tujuan memberi keselesaan kepada murid semasa membaca di perpustakaan.



Pada tahun 28hb Jan 1979, guru besar sekolah ini Encik Nee Tze Choong telah bersara. Kementerian Pendidikan telah melantik Encik Lim Wai Long sebagai guru besar baru Sekolah Kwang Hwa pada tahun 1hb Mac 1979. Beliau telah berusaha membantu dan memberi nasihat kepada murid yang lemah dan muid yang mempunyai masalah disipilin di sekolah supaya mengubah sikap mereka.



Pada 1hb Jun 1986, sebuah bangunaan 3 tingkat yang mempunyai 18 buah bilik darjah dan kantin sekolah telah dibina semula. Bilik darjah baru dan kantin baru sekolah mula diguna pada tahun 1987.



Pada tahun 1993, Ahli Jawatankuan Pembinaan Sekolah ketujuh ditubuhkan untuk mereka bentuk dewan kecil yang dibina pada tahun 1964 kepada sebuah dewan serbaguana yang bertingkat tiga. Tingkat bawah bangunaan digunakan untuk menjalankan aktiviti senaman dan ko-kulikulum. Tingkat kedua digunakan sebagai pejabat guru dengan kelengkapan berhawa dingin yang boleh menampung lebih kurang 120 orang guru bekerja di pejabat ini. Tingkat ketiga diguankan sebagai pepustakaan sekolah yang berhawa dingin.



Selepas Encik Lim Wai Long bersara pada tahun 5hb Julai 1994, Kementerian Pendidikan telah melantik Encik Lim Eng Seng sebagai guru besar yang keemapat di sekolah ini pada tahun 1hb Ogos 1994. Beliau telah bersara pada tahun 26hb September 2001. Pada tahun 1hb Oktober 2001 Kementerian Pendidikan telah melantik Encik Lim Geok Eong sebagai guru besar yang kelima di Sekolah Kwang Hwa. Kedua-dua orang guru besar ini

mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, pengetahuan yang luas dan berpengalaman yang banyak dalam pengurusan pentadbiran sekolah.

Mereka juga dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan Lembaga pengurus, Ahli Jawatankuasa PIBG dan orang awam di sekitar sekolah.



Kini sekolah ini mempunyai sebuah dewan besar yang berhawa dingin, sebuah dewan serbaguna, sebuah kantin dan 58 buah bilik darjah termasuk bilik gigi, bilik muzik, bilik komputer, bilik makmal bilik TV pendidikan, pusat sumber sekolah, perpustakaan, bilik kemahiran hidup, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik tayangan, bilik rehat, dan bilik sukan.



Untuk mencapai Wawasan Negara, Sekolah telah mengguanakan teknologi yang canggih untuk meningkatkan pentadbiran sekolah.

Sekolah Kwang Hwa telah menggunakan sistem automasi untuk pepustakaan sekolah dan pentadbiran sekolah.



Kemajuaan sekolah kini adalah kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan orang awam yang sentiasa memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

Saturday, November 13, 2010

VISI SEKOLAH

1. Mendidik dan menghasilkan generasi baru yang

berkemahiran 3M untuk melanjutkan pendidikan lebih

tinggi serta pembelajaran seumur hidup.

2. Melalui program Kurikulum dan Kokurikulum sekolah

memperkembangkan intelek, jasmani, rohani dan emosi

generasi baru secara menyeluruh demi untuk menjadi

insan yang seimbang dan hamonis.

3. Menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang dihormati oleh masyarakat dan diingati oleh murid- murid tua.

No comments:

Post a Comment